Sunday, August 24, 2008
CREAM OF CHICKEN & BROCCOLIThis one dah masak lama dah.. sama masa masak roast chicken ari tu.. lupa sikit resepinya.. maaf ye kalau terlupa
Beberapa batang celery yg telah dipotong begini
Sedikit brocolli .. kalau letak banyak brocoli sup akan jadi hijau pekat
Isi ayam yg telah direbus dan disiat2
Cairkan butter dlm periuk
Labels: WESTERN

Sunday, August 3, 2008
ROAST CHICKEN N MUSHROOM SAUCE Ini campuran butter ngan black pepper plus rosemary yg telah diadunkan sempurna yang akan digunakan utk marinate ayam
Ayam yg telah dibersihkan dikeringkan dengan mengelap dengan kitchen towel supaya nanti butter akan melekat di kulit ayam
Longgar-longgarkan kulit ayam dengan memasukkan jari di antara kulit dan isi ayam
Kemudian masukkan campuran butter tadi di antara isi dan kulit ayam
Masukkan sayuran ke dalam ayam ... aku masukkan bwg putih utk hilangkan hanyir dicampur dengan bawah merah, kentang dan karot
Setelah itu kaki ayam diikat supaya cantik kedudukannya dan sayuran yg diisi tidak terkeluar. Letakkan ayam di atas jaring yg dibawah dulang pembakar untuk mendapakan segala minyak dan jus ayam yg menitis (drippings). Untuk mengelakkan dr drippings terbakar bila panas letakkan sedikit ari di dalam dulang.
Masukkan di dalam oven dgn suhu 200- 220 darjah dan masa bergantung kepada saiz ayam.. cara utk menguji samada masak atau tidak adalah dengan mencucuk ke bhgn dada (bhgn paling tebal) jika dilihat tiada air kemerahan bemakna telah masak. Selalunya aku bakar dlm masa satu jam (utk oven aku le)Sesekali buka oven dan amik drippings yg menitis tadi utk disapukan ke atas ayam.. supaya warnanya cantik serata
Ini lah rupa ayam yg telah masak dengan sempurna.
Ini adalah drippings dr ayam yg dipanggang tadi yang akan digunakan utk membuat mushroom sauce
Sebaik saja cair masukkan tepung dan kacau rata..
kemudian masukkan drippings (minyak ayam yg bercampur air) dan kacau rata.. masukkan garam secukup rasa (aku juga tambah sedikit kiub ayam)
Masukkan cendawan butang yg telah dihiris.. boleh guna yg dlm tin atau segar (kalau segar mahal weh.. tapi sodap)
hah dah pun ada mushroom sauce leh guna utk makan ngan ayam dan juga utk topping mashed potato. Oklah jugak walaupun tak sesedap yg kat KFC atau kat kedai.. tak berapa brown sbb aku tak masak tepung tu lama sikit
Labels: WESTERN

Monday, July 21, 2008
WHIPPED POTATO (WITHOUT GRAVY)Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Masukkan sendikit garam utk perasa
Lepas tu leh guna icecream scoop utk masukkan dlm bekas.. maaf yer aku tengah malas masa buat kentang putar ari tu.. jadi aku scoop guna sudu biasa
Labels: WESTERN

Monday, May 21, 2007
JOM MASAK ASAM PEDAS MELAKANota : Ini masak asam pedas resepi aku.. bukan yg universal Melaka punya tau.. lain org lain caranya dan lain bahan-bahannya. Setiap orang/keluarga ada resepi mereka sendiri.. Masak asam pedas aku tak letak lada hitam atau rempah2 lain sebab kalau yg letak lada hitam serbuk, sedikit ketumbar serbuk dan kerisik aku namakan MASAK LADA.. cam masak asampedas cuma berempah. And pd yg tak biasa masak.. practice makes perfect.
Ikan yg boleh dibuat asam pedas.. hampir semua ikan tapi yg sedap ikan berisi putih.. ikan yg berbau mcm ikan duri/mayong, sembilang/keli perlu dimasak bersama daun kesum/limau purut/kantan utk melindungi bau ikan. Selalunya bg keluarga aku... ikan utk asam pedas adalah ikan parang/tenggiri/terubok/kembong dan selalu jugak asam pedas daging/daging tetel (lemak2 lembu dan sedikit daging)/tulang/ayam dan paling favorit aku adalah ikan sardin dlm tin cap Ayam
Cili semangkuk... dah siap mesin cili kering ni. Kalau nak pekat kena lebihkan cili .. kalau nak kurang pedas boleh buangkan biji cili semasa menggunting cili tuh
Aku guna asam jawa.. asam jawa ni diperah amik air dia according tu tahap masam yg kita suka.. ada org tak suka masam sgt but pastu akan tambah ngan potongan tomato. Kalau nak cair.. letak banyak sikit air asam jawa.. jgn lupa tapis dan buang bijinya
Ini adalah favourit sayur yg aku letak.. selain dr bendi boleh gak letak terung, sayur asin, buah keluwak.
Tumbukkan kunyit, bawang merah dan belacan hingga halus dan ketukkan halia dan bwg putih serta serai. Bunga kantan hanya dibelah.. ada yg suka hiris halus .. aku tak suka nak makan nanti banyak sampah.. sebb aku tak makan bunga kantan.. aku suka baunya aje
Panaskan minyak dalam periuk sekadar cukup utk menggaringkan cili
Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk kecuali bunga kantan
Tumis hingga naik bau dan layu sedikit dan masukkan cili
Langkah berikut PENTING... api sederhana dan sentiasa mengacau utk mengelakkan hangus dibhgan bawah...
Tanda-tanda garing ... minyak dah berasingan dengan cili.. baunya akan jadi begitu wangi dan kuat hingga org dlm rumah dah bersin-bersin dan warna cili seakan-akan merah pekat. Cam dlm gambar sebelah
Bila dah garing, masukkan air asam jawa, pastu bila dah mendidih masukkan ikan dan bunga kantan/daun kesum atau limau purut dan akhir sekali masukkan sayur.
Note : kalau masukkan buah keluwak kena masukkan awal semasa masukkan air asam jawa.
SELAMAT MENCUBA................
Labels: RESEPI

Monday, April 23, 2007
PITA SOSEJAku tak tau nama apa nak diberikan pada makanan ni that is why aku call ia PITA SOSEJ sebab main ingredientsnya adalah roti pita dan sausage. This product a hit to school children dan memang mudah dan cepat dibuat, sebelum ini ia merupakan makanan pagi anak-anak aku utk bawa bekal ke sekolah. Tetiba Arif kata ada kawan dia kenan nak beli. So aku jual ar RM 1.50.. kemudian diikuti kengkawan Anis lak.
So kat sini aku tunjuk cara-caranya :
Roti pita (sekeping utk 2 set)
sosej - satu set sebatang sosej
cheese slice - half slice utk satu set
sedikit butter/spreadable marjerin
sedikit salad/timun/tomato - ikut suka
mayonis yg telah dibancuh ngan susu sedikit
Cara-cara :
Pita di potong 2 dan longgarkan poket di tengahnya.
Kemudian pita dipanaskan di salam pan tanpa minyak, keluarkan bila dah agak-agak sesuai warnanya.
Potong sosej, sebatang dibelah dan dipotong menjadi 4 keping
Cheese juga dipotong mengikut kelebaran yg bolhe dimasukkan ke poket pita
Maaf part yg tak terlupa amik gambar... sosej kemudian di goreng dengan minyak yg sedikit utk perisa tambahkan lada putih atau apa saja sos kesukaan spt Worcestershire sauce/sos tiram/ sos hoisin/sos BBQ/sos teriyaki pun boleh
Untuk assemble.. sapukan marjerin/butter di dalam poket, masukkan sayur kemudian cheese diikuti sosej dan paipkan mayonis diatasnya... dan jadi
Taadaaaa.. macam ni
Labels: RESEPI

Tuesday, March 27, 2007
TIPS MEMBUAT MUFFIN
Aku bukannya peminat muffin sebenarnya tapi ntah mana datang ilham nak menjual muffin pun aku tak tau.. semasa memula buat muffin aku berpandukan resepi chef Wan. Muffin yg aku buat menjadi cantiknya tapi tidak selembut yg biasa aku makan.
Muffin tak begitu popular kat Malaysia.. kecuali cup cake yg banyak org gunakan sebagai kuih masa kenduri ataupun hantaran jika dihias. Cup cake lebih murah berbanding dengan muffin sebab membuat cup cake mcm membuat kek biasa. Rata-rata di kedai cup cake lebih murah dr harga muffin.
Bagaimana membezakan cup cake dengan muffin.. cup cake selalunya tidak merekah dan adunannya lebih cair berbanding dengan muffin. Kandungan gula, telur dan lelemak juga lebih pd cup cake. Terkadang sukar nak menerangkan dengan org kenapa muffin berharga lebih mahal berbanding dengan cup cake.. muffin boleh dibuat dengan pelbagai perisa.. cupcake hanya basic cake ingredients dan yg mencantikkannya adalah hiasan krimnya.
The perfect muffin has a thin brown crust, a slightly rounded top with a pebbled appearance and a moist, even interior. There should be no peaks, no tunnels which are usually caused by excessive mixing and too much liquid (muffin batter should not be fluid).
dalam bahasa Malaysia
Cara asas membuat muffin adalah mencampurkan semua bahan-bahan basah dlm satu mangkuk dan bahan kering dalam satu mangkuk.. kemudian keduanya dicampurkan. Adakalanya resepi memerlukan cara membuat muffin perlu diadun seperti membuat kek.. ia akan menghasilkan muffin yg lebih lembut berbanding muffin yg bahan basahnya tidak perlu dipukul. Muffin juga akan selalunya diletak banyak bahan utk perasa seperti apple, carrot, chocolate dan lain2 utk menenggelamkan rasa bahan penaik.. ini adalah kerana muffin menggunakan banyak bahan penaik.. 2 cawan tepung - lebih dr 2 sudu teh bahan penaik.
Ini adalah kerana muffin tidak dipukul utk memerangkap udara maka bahan penaiklah ejen penting untuk menaikkan satu-satu muffin.. oleh kerana muffin dibakar berasingan dlm cup maka bahan penaik ... perlu serata dengan tepung.
Membuat muffin agak renyah atau remeh berbanding dengan membuat kek... silap sikit.. ia tidak akan merekah di atas.. ia lembut dan garing bhgn atas tapi tidak merekah.. dan silap mengadunnya ia akan naik senget aje.. rasa memang ok tapi tidak cantik langsung..
Bukan senang utk menjadikan ianya cantik naik dan merekah secara sempurna.. adakalanya dlm satu adunan sebahgian cantik dan sebahgian tak cantik. Tu sebab kalau tenguk dikedai kek ada banyak "muffin mix" malah masa aku belajar hari tu digunakan muffin mix. Bila aku tanya kenapa tak buat muffin dr asasnya.. jawapannya pernah buat tapi tak menjadi... bgmn Chef jugak mengatakan dia buat tak menjadi.. dan adakalanya to be safe supaya bhgn atas npk berpasir.. ada org akan meletakkan struesel (campuran gula perang, mentega dan kayu manis) di bhgn atas muffin.
Ok sebelum ada yg kata aku membebel ... ni adalah tips membuat
1. Panaskan oven dulu sebab adunan muffin perlu terus dibakar bila siap diadun sebab dengan menanti lama.. bahan penaik akan kurang kuasanya maka nanti muffin tak naik dengan baik

2. Jika menggunakan muffin tin tanpa menggunakan muffin cup maka perlu disapu lemak dulu supaya tak melekat.. bukan setakat di bahagian dalam tetapi jugak di bahagian atas, supaya bila muffin naik hingga melimpah di permukaan muffin tin mudah dikeluarkan.
3. Jika menggunakan paper casing yg lembut maka perlu gunakan muffin tin, kalau tiada muffin tin boleh gunakan soufle cup atau paper case yg keras mcm aku gunakan skrg.
4. Jangan pandai2 nak mengubah adunan jika baru belajar buat muffin dan yg penting jgn terasa-terasa nak menggandakan adunan jika nak lebih.. buat adunan satu persatu iaitu selalunya 2 cawan tepung aje.. jika nak tambah adunan maka kena kurangkan cecair dlm 1/4 dan bukan digandakan
5. Jika ada lebihan adunan utk dibakar maka masukkan ke dalam fridge dan jgn terlalu lama sebab agen penaik (leavening agent) akan kehilangan kuasanya... muffin akan naik bulat tapi tidak merekah.
6. TIP PALING PENTING : INGAT BILA MENCAMPURKAN BAHAN BASAH DAN KERING KACAU SEKADAR HANYA UTK MERATAKAN AJE. Ada yg mengatakan kacau kurang dr seminit.. kacau 12 kali aje.. tapi cukuplah kacau sekadar mencampurkan aje. Adunan akan menjadi "lumpy" dan tidak licin.. Jika kita mengacau lebih bermakna akan mengubahkan tepung menjadi gluten.. manakala muffin tidak memerlukan tepung menjadi gluten ...
7. Untuk memudahkan memasukkan adunan muffin dlm cup maka leh guna ice cream scoop senang aje.. dan adunan muffin lebih serata.. kalau tidak boleh menggunakan 2 sudu.. dan masukkan 2/3 dr bekas muffin
Labels: MUFFIN
