MEH MASAK SAMA2

Sunday, August 24, 2008

CREAM OF CHICKEN & BROCCOLI

This one dah masak lama dah.. sama masa masak roast chicken ari tu.. lupa sikit resepinya.. maaf ye kalau terlupa

Beberapa batang celery yg telah dipotong begini

Sedikit brocolli .. kalau letak banyak brocoli sup akan jadi hijau pekat

Isi ayam yg telah direbus dan disiat2

Secawan krim














Cairkan butter dlm periuk













Masukkan stok ayam.. (yg aku guna adalah air rebusan tulang ayam dan yg dicampur dgn kiub pati ayam)





Selepas masak di mesin halus
Kemudian masak semula dan masukkan krim tadi


Labels:


Posted by Sya :: 12:46 AM :: 6 Comments:

Post a Comment

---------------oOo---------------

Sunday, August 3, 2008

ROAST CHICKEN N MUSHROOM SAUCE

ROAST CHICKEN WITH BLACK PEPPER & ROSEMARY




Ini campuran butter ngan black pepper plus rosemary yg telah diadunkan sempurna yang akan digunakan utk marinate ayam







Ayam yg telah dibersihkan dikeringkan dengan mengelap dengan kitchen towel supaya nanti butter akan melekat di kulit ayam












Longgar-longgarkan kulit ayam dengan memasukkan jari di antara kulit dan isi ayam











Kemudian masukkan campuran butter tadi di antara isi dan kulit ayam









Masukkan sayuran ke dalam ayam ... aku masukkan bwg putih utk hilangkan hanyir dicampur dengan bawah merah, kentang dan karot







Setelah itu kaki ayam diikat supaya cantik kedudukannya dan sayuran yg diisi tidak terkeluar. Letakkan ayam di atas jaring yg dibawah dulang pembakar untuk mendapakan segala minyak dan jus ayam yg menitis (drippings). Untuk mengelakkan dr drippings terbakar bila panas letakkan sedikit ari di dalam dulang.




Masukkan di dalam oven dgn suhu 200- 220 darjah dan masa bergantung kepada saiz ayam.. cara utk menguji samada masak atau tidak adalah dengan mencucuk ke bhgn dada (bhgn paling tebal) jika dilihat tiada air kemerahan bemakna telah masak. Selalunya aku bakar dlm masa satu jam (utk oven aku le)



Sesekali buka oven dan amik drippings yg menitis tadi utk disapukan ke atas ayam.. supaya warnanya cantik serata









Ini lah rupa ayam yg telah masak dengan sempurna.





MUSHROOM SAUCE






Ini adalah drippings dr ayam yg dipanggang tadi yang akan digunakan utk membuat mushroom sauce




1-2 sudu tepung gandum










Cairkan butter ke dalam kuali (abaikan rupa kuali kesayangan aku yg cantik menawan yg telah kuguna sejak mula mendirikan rumahtangga)








Sebaik saja cair masukkan tepung dan kacau rata..










kemudian masukkan drippings (minyak ayam yg bercampur air) dan kacau rata.. masukkan garam secukup rasa (aku juga tambah sedikit kiub ayam)








Masukkan cendawan butang yg telah dihiris.. boleh guna yg dlm tin atau segar (kalau segar mahal weh.. tapi sodap)








hah dah pun ada mushroom sauce leh guna utk makan ngan ayam dan juga utk topping mashed potato. Oklah jugak walaupun tak sesedap yg kat KFC atau kat kedai.. tak berapa brown sbb aku tak masak tepung tu lama sikit


Labels:


Posted by Sya :: 10:50 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------oOo---------------

Monday, July 21, 2008

WHIPPED POTATO (WITHOUT GRAVY)



Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Masukkan sendikit garam utk perasa









Bila dah empuk tuskan airnya dan masukkan semula dlm periuk yg masih panas tadi.










Masukkan beberapa ketul butter kira-kira 50 gram bergantung kepada berapa banyak kentang.. lebih banyak butter lebih lembut dan sedap. Aku gunakan buttercup.. bukan pure butter (mahal sangat). Marjerin tak berapa sedap but boleh juga gunakan soft spread cam Dorina, Vitalite dan yg sama dengannya but tak sesedap butter. Pure butter lebih sedap.


Hancurkan kentang yg panas tadi secepat mungkin supaya butter sama-sama cair dengan kentang. Kalau tak de mende yg melecek kentang tu leh guna garfu buat lambat sikit








Lecek kentang hingga betul2 hancur dan kemudian masukkan sedikit susu UHT.. ikut pada selembut mana kentang yg nak dimakan.








Lepas tu leh guna icecream scoop utk masukkan dlm bekas.. maaf yer aku tengah malas masa buat kentang putar ari tu.. jadi aku scoop guna sudu biasa

Labels:


Posted by Sya :: 2:30 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

---------------oOo---------------