MEH MASAK SAMA2

Monday, May 21, 2007

JOM MASAK ASAM PEDAS MELAKA

Nota : Ini masak asam pedas resepi aku.. bukan yg universal Melaka punya tau.. lain org lain caranya dan lain bahan-bahannya. Setiap orang/keluarga ada resepi mereka sendiri.. Masak asam pedas aku tak letak lada hitam atau rempah2 lain sebab kalau yg letak lada hitam serbuk, sedikit ketumbar serbuk dan kerisik aku namakan MASAK LADA.. cam masak asampedas cuma berempah. And pd yg tak biasa masak.. practice makes perfect.

Ikan yg boleh dibuat asam pedas.. hampir semua ikan tapi yg sedap ikan berisi putih.. ikan yg berbau mcm ikan duri/mayong, sembilang/keli perlu dimasak bersama daun kesum/limau purut/kantan utk melindungi bau ikan. Selalunya bg keluarga aku... ikan utk asam pedas adalah ikan parang/tenggiri/terubok/kembong dan selalu jugak asam pedas daging/daging tetel (lemak2 lembu dan sedikit daging)/tulang/ayam dan paling favorit aku adalah ikan sardin dlm tin cap Ayam


Ini bahan2nya.. clockwise.. serai, belacan, bwg putih, bawang merah/kecik (aku masak memang bwg merah banyak), halia, kunyit and bunga kantan. Bunga kantan leh digantikan ngan daun limau purut atau daun kesum. Boleh gak masukkan sedikit lengkuas kalau mahu. Bahan ni adalah untuk seperiuk asam pedas utk sekeluarga.






Cili semangkuk... dah siap mesin cili kering ni. Kalau nak pekat kena lebihkan cili .. kalau nak kurang pedas boleh buangkan biji cili semasa menggunting cili tuh













Aku guna asam jawa.. asam jawa ni diperah amik air dia according tu tahap masam yg kita suka.. ada org tak suka masam sgt but pastu akan tambah ngan potongan tomato. Kalau nak cair.. letak banyak sikit air asam jawa.. jgn lupa tapis dan buang bijinya










Ini adalah favourit sayur yg aku letak.. selain dr bendi boleh gak letak terung, sayur asin, buah keluwak.














Tumbukkan kunyit, bawang merah dan belacan hingga halus dan ketukkan halia dan bwg putih serta serai. Bunga kantan hanya dibelah.. ada yg suka hiris halus .. aku tak suka nak makan nanti banyak sampah.. sebb aku tak makan bunga kantan.. aku suka baunya aje












Panaskan minyak dalam periuk sekadar cukup utk menggaringkan cili














Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk kecuali bunga kantan
















Tumis hingga naik bau dan layu sedikit dan masukkan cili














Langkah berikut PENTING... api sederhana dan sentiasa mengacau utk mengelakkan hangus dibhgan bawah...














kacau hingga cili garing.. kalau tak garing asam pedas takkan sedap.. KENA BETUL2 GARING















Tanda-tanda garing ... minyak dah berasingan dengan cili.. baunya akan jadi begitu wangi dan kuat hingga org dlm rumah dah bersin-bersin dan warna cili seakan-akan merah pekat. Cam dlm gambar sebelah













Bila dah garing, masukkan air asam jawa, pastu bila dah mendidih masukkan ikan dan bunga kantan/daun kesum atau limau purut dan akhir sekali masukkan sayur.

Note : kalau masukkan buah keluwak kena masukkan awal semasa masukkan air asam jawa.








SELAMAT MENCUBA................

Labels:


Posted by Sya :: 10:37 PM :: 6 Comments:

Post a Comment

---------------oOo---------------